Pusat Sumber Sekolah

Image Hosted by ImageShack.us

Pelancaran Program Nilam
Pelancaran Program Nilam telah diadakan pada 6 Febuari 2009 bersamaan hari jumaat. Semua pelajar dan guru berhimpun di Dataran Taman Melati. Majlis Pelancaran Program Nilam bermula tepat pada pukul 7.20pagi. Juruacara majlis ialah Cik Mariam bt Mohamed. Bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi bin Mat Rani, Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan seterusnya pelancaran majlis disampaikan oleh Penolong Kanan Akademik, Pn.Asiah bt Zainal Abidin. Beliau menekankan kepentingan ilmu dan disiplin dalam setiap diri pelajar untuk merialisasikan visi sekolah iaitu, ‘SMKTM Sentiasa Cemerlang’ dan sejajar dengan moto sekolah, ‘Berdisiplin, Berilmu dan Berjaya’. Kerjasama semua guru subjek BM dan BI amat diperlukan untuk menggerakkan program ini. Guru-guru subjek lain juga digalakkan untuk menjalankan program nilam ini.

Misi
Membina, memprtingkatkan dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan

Visi
Ke arah pembudayaan media dan teknologi pendidikan

Objektif
a)Meningkatkan kualiti kerja pustakawan
b)Menggalakkan pelajar membaca melalui Program Nilam
c)Melahirkan lebih ramai pelajar yang cintakan bahan membaca.
d)Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat.
e)Melahirkan pelajar berketerampilan dalam pembacaan, sifat kepemimpinan, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.

Fungsi
a)Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai maklumat P&P.
b)Memberi kemudahan pinjaman buku kepada pelajar dan guru.
c)Menambahkan bahan rujukan terkini dari semasa ke semasa.
d)Menyediakan tempat dan suasana pembelajaran yang baik.
e)Menyediakan kemudahan mencari maklumat yang dikehendaki.
f)Membina tabiat amalan membaca dalam diri pelajar.

Ikrar
Bahawasanya kami,
Pengawas Pusat Sumber berikrar,
akan menjalankan tanggungjawab kami,
dengan jayanya,
berlandaskan prinsip-prinsip yang berikut:-
~Perkhidmatan yang cemerlang.
~Kesopanan dan kemesraan diutamakan.
~Kesetiaan kepada peraturan dan perlembagaan.

0 comments:

Leave a Reply


Image Hosting
PSS SMK TAMAN MELATI
SETAPAK, KUALA LUMPUR.
Ilmu itu sebaik-baik pusaka.
Adab itu adalah sebaik-baik sifat.

Taqwa itu sebaik-baik bekalan.
Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.